Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru

ermmm...selamat.dah 8 tahun aku jadi guru ni..belum puas lagi rasanye...

Wednesday, May 14, 2008

Sunday, May 11, 2008

Minggu Pertengahan Tahun

Minggu ni baru nak mula menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun.Minggu hadapan saya akan ke johor baharu untuk menjadi JU bagi subjek ICTL

Thursday, May 8, 2008

Monday, April 28, 2008

Susahnya untuk disiplin menulis post setiap hari..

Hari yang pelik?x faham aku

ada satu hari yang aku x faham mcm mana ia berlaku..hari la hari nya..sebab semua yang aku jangkakan x berlaku tetapi sebaliknya..huhuhuhu....dunia.

Isnin...

Cikgu Zalina Kamis akan meninggalkan sekolah untuk mencari cabaran baru di tempat lain..saya ucapkan selamat berjaya..

Wednesday, April 23, 2008

Aku dah tukar jadual baru...

Jadual baru.....semua Matematik kecuali Kelas ICTL 2F..

Aku dah tukar jadual baru...


Jadual baru.....semua Matematik ...erm Kelas 2F telah diambil oleh Farah Adiba..Guru Praktikum

Balik ke sekolah

Jadual waktu berubah sama sekali...

Monday, April 21, 2008

Kursus F1...lagi..ganti Encik Ghaffar..

Kursus ni aku dah pergi ..tapi dengan arahan bos aku akur dan pergi menggantikan encik Ghafar......kat Brisdale ....21 hingga 23 April...

Friday, April 18, 2008

Setahun dah memandu Naza Ria NGV...

Pertama sekali aku nak bagitau bab jimat minyak ni

Thursday, April 17, 2008

Rancang kewangan keluarga

PERUNDING motivasi Ultra Mind Resources, Shamsuddin Abdul Kadi, berkongsi petua kewangan terutama untuk pasangan berkeluarga.

- Sejak hari pertama bergelar pasangan suami dan isteri, mereka perlu menentukan sama ada ingin memasukkan semua gaji mereka dalam akaun bersama ataupun sebaliknya.

Jika memilih menguruskan gaji secara berasingan, perlu menetapkan siapa menanggung kos bagi setiap perbelanjaan. Pastikan pembahagian dijalankan secara adil.

- Pastikan jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan daripada setiap wang gaji diterima tidak lebih daripada 70 peratus daripada wang gaji bersih yang diterima.


Ini bererti bagi setiap RM1,000 wang gaji, hanya boleh membelanjakan RM700. Hukum itu perlu dikekalkan selamanya.

- Buka dua akaun lagi bagi menempatkan 30 peratus wang gaji yang belum digunakan. Letakkan 10 peratus daripada wang gaji itu di dalam akaun satu (akaun simpanan) manakala 20 peratus lagi ke dalam akaun kedua (akaun kecemasan).

Terus menyimpan di dalam akaun kedua sebanyak 20 peratus daripada wang gaji bersih pada setiap bulan sehingga ia menyamai enam bulan wang gaji kasar.

Contohnya, jika mendapat RM2,000 bersih pada setiap bulan, perlu menyimpan sebanyak RM400 dalam akaun kedua pada setiap bulan sehingga jumlahnya menjadi RM12,000.

Apabila wang dalam akaun dua itu menyamai gaji selama enam bulan, pada bulan seterusnya pula ambil wang sebanyak 20 peratus itu untuk disimpan dalam akaun satu iaitu akaun simpanan. Setiap suami dan isteri perlu menyimpan di dalam akaun kecemasan sebanyak enam kali gaji kasar yang mereka terima setiap bulan.

# Gunakan wang dalam akaun satu untuk melabur di tempat yang sah di sisi undang-undang. Tujuannya untuk mengelakkan wang dimakan oleh inflasi serta menjamin keperluan semasa dan masa depan terutama ketika kos barangan semakin tinggi.


Jangan gunakan wang dalam akaun kecemasan untuk kegunaan peribadi yang tiada kaitan dengan keperluan kecemasan. Antara kes kecemasan adalah kemalangan dan kerosakan kereta.

# Jangan rompak diri sendiri yang lazimnya berlaku bila anda atau pasangan tidak dapat mendisiplinkan diri. Ini berlaku bila semua wang gaji dibelanjakan dan tiada wang kecemasan.

# Pastikan diri dilengkapi pelbagai adab seperti adab masuk ke pasar raya. Apabila memasuki pasar raya, pastikan diri tidak berada dalam keadaan lapar dan masuk dengan membawa senarai.

# Pastikan diri dan pasangan membentangkan bajet keluarga pada setiap bulan di atas meja makan untuk mengetahui perbelanjaan semasa.


Kesilapan dalam merancang wang gaji menyebabkan diri menanggung bebanan hutang sepanjang hayat.

# Jangan biarkan bank menentukan masa depan dengan membiarkan mereka menentukan jumlah pinjaman yang perlu anda ambil.


Jangan mengambil pinjaman maksimum untuk harta yang membebankan seperti kereta. Sebaiknya ambil pinjaman yang tidak melebihi empat tahun.

# Terus mendalami ilmu kewangan kerana setiap hari ada pelbagai perangkap kewangan yang mampu menyebabkan diri merana sepanjang hayat. Beringat sebelum kena terutama kad kredit dan skim ansuran mudah yang mampu menjadikan diri hamba kepadanya sepanjang hayat.

dipetik dari

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Hati/20080417101637/Article/index_html

Ujian

ceramah teknik menjawab SPM

Wednesday, April 16, 2008

Meeting ICT di waktu petang..

aku kena jadi setiausaha balik..erm..

Tuesday, April 15, 2008

Nak jadi jutawan?...siapa yang tak nak...

Sekarang ada macam2 cara orang nak jadi kaya...semua nya dengan harapan kaya cepat...di sini saya bukan nak jual atau apa cuma nak fikirkan bahawa sebenarnya ia boleh dicapai oleh orang biasa macam kita tetapi dengan usaha yang luarbiasa.

Sambil duduk fikirkan hal ni aku ada baca satu buku bertajuk the science of getting rich dan mendapat satu cara yang aku rasa boleh dikongsikan disini.

Ia boleh dilaksanakan oleh penjawat awam yang berminat nak buat "passive income". Antara syaratnya:

1. Mesti suami isteri atau salah seorang adalah penjawat awam. Rujuk laman perbendaharaan.

Anda layak untuk buat pinjaman perumahan mengikut kadar gaji hakiki (basic)
BilGaji Bulanan Hakiki (RM)Kelayakan Pinjaman (RM)
1.3500 dan ke atas360,000
2.3000 ke 3499 300,000
3.2500 ke 2999 264,000
4.2000 ke 2499 240,000
5.1500 ke 1999 192,000
6.1200 ke 1499 156,000
7.1000 ke 1199 120,000
8.800 ke 999 96,000
9.600 ke 79972,000
10.599 dan ke bawah 48,000

Tarikh Berkuatkuasa Mulai September 2006

*rujukan dari laman perbendaharaan

2. Anda dah ada rumah sendiri. Jadi yang pinjaman perumahan ini adalah untuk harta ke 2 anda yang boleh disewakan atau dijual di kemudian hari.

Cerita skit...



Sedar tak sedar dah hampir 8 tahun aku berada di bidang pendidikan ni...macam baru je aku keluar maktab teknik tahun 2000 sama dgn ali dan member sekelas...aku? yang kurus pakai baju biru..hehehe :)